CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 11 September 2012

Bentuk =)



Jom kita lihat bentuk-bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi...





Jangan lupa hafal ye kawan-kawan =)

Bandingkan PANJANG




Baiklah, sekarang mari kita bandingkan warna apa yang paling panjang...

Apakah warna yang paling panjang?
Hijau

Apakah warna yang paling pendek?
Merah jambu







Sunday 9 September 2012

Belajar WANG

Tahu apa itu WANG?
Hehe.. mesti lah tahu kan?
Kita gunakan wang dalam seharian untuk membeli minuman,
makanan, pakaian, alat mainan, dan banyak lagi.

Kalau tanya budak ni, mesti dia tahu apa itu wang.


Ayam goreng 2 seringgit.. 2 seringgit...
Haa, Mail selalu tolong ibunya meniaga ayam goreng di pasar, Mail gunakan WANG sebagai alat jual beli.

Ini adalah WANG.



Banyaknya duit.... Betul betul betul!
Haaa, bila duit kawan-kawan dah banyak ni, jangan lupa pula untuk menabung dan simpan di bank ya!
=)


Fakta Asas Bahagi

Ini pula ialah
Fakta Asas Bahagi.

Tengok sama-sama jom... =)




Ingat jangan tak ingattttt =)

Apa Itu BAHAGI???


Kali ini kami nak kongsikan pula 
Apa Itu BAHAGI?

Lihat gambar ini dan Upin Ipin akan terangkan kemudian..



Ada 8 ekor siput.
Bila kami bahagikan 8 ekor siput ini kepada 4 kumpulan,
setiap kumpulan akan ada berapa ekor siput?
Jawapannya ialah.... 2

Terima kasih~


Fakta Asas Darab

Hai kawan-kawan...
Kali ini Upin dan Ipin pula akan kongsikan dengan kawan-kawan 
Fakta Asas Darab
yang sudah kami belajar di sekolah.

Ini dia =)



Jangan lupa hafal ye =)

Belajar Darab =)

Hai...
Kali ni Upin dan Ipin nak kongsikan apa yang kami dah belajar di dalam kelas Teacher Ana tadi. 


Kami belajar PENDARABAN....

Apa itu pendaraban?



Berdasarkan konsep asas darab di atas, 5 x 2 = 10 diperolehi apabila 2 + 2 + 2 + 2 + 2 = 10.

5 x 2 = 10

5 mewakili jumlah kumpulan
2 mewakili bilangan dalam setiap kumpulan

Sekarang kita cuba ini pula...

4 x 3 = 12
3 x 6 = 18
5 x 3 = 15
7 x 3 = 21
4 x 7 = 28

Selamat Mencuba Kawan-kawan =))

Fakta Asas Tolak

Baiklah, entry kali ni nak tunjuk pula Fakta Asas Tolak. 

Setelah kita belajar operasi tolak, sudah buat latihan yang Teacher Ana bagi, sekarang masa untuk Upin dan Ipin rumuskan semula Fakta Asas Tolak yang Teacher Ana dah ajarkan.


Ini dia Fakta Asas Tolak yang kawan-kawan semua perlu tahu =)





Mesti kena tahu Fakta Asas Tolak ini ye...

Sekarang, jom kita kukuhkan lagi fakta asas tolak dengan latihan cepat kira ni.

Apa? ada lagi ke latihan??? Memang la kena ada, kita kena banyak buat latihan untuk mantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran matematik kita. Jom....


Selamat Berseronok! =)

Belajar tolak pula. JOM?

Haiiiiii....
Kali ni, kita belajar tolak pula nak tak?
Nak ke tak nak, Upin dan Ipin nak kawan-kawan belajar juga. Bukan apa, nak pandai tak? kalau nak pandai, memang la kena belajar. Jom!

Apa itu TOLAK? Tengok bawah, ni adalah yang dimaksudkan dengan operasi tolak.


Berdasarkan gambar di atas, kita ada 6 biji terung. Kemudian, ada 2 biji yang sudah rosak. Berapakah biji terung yang masih elok?

6, tolak 2, bakinya tinggal 4. Betul tak? Inilah maksudnya 

6 - 2 = 4

Jom kita buat latihan lagi untuk kukuhkan konsep bagi operasi tolak ni.





Selamat Menjawab Semua! =)

Fakta Asas Tambah

Ok, setelah kita selesai menjawab soalan cepat kira penambahan sebelum ni, apa kata kawan-kawan semak jawapan bersama Upin dan Ipin? Sebelum ni Teacher Ana dah ajar, 1 + 1 = 2, 1 + 2 = 3, 1 + 3 = 4 dan seterusnya, tapi kali ni, Upin dan Ipin nak kongsikan dengan kawan-kawan semua, FAKTA ASAS TAMBAH. 


Ok, nak tahu apa itu Fakta Asas Tambah ni, jom lihat bawah =)

Mesti ada yang tanya Upin dan Ipin, "apa tu?". Haaa, kalau nak tahu, fakta asas tambah ialah kombinasi-kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutannya ialah nombor satu digit.

Jom, sama-sama dengan Upin dan Ipin, kita tengok dulu~







Thursday 6 September 2012

New Chapter, New Life

Alhamdulillah, akhirnya terhasil juga blog ini. Harap blog hasil nukilan papan keyboard ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga kepada semua di luar sana hendaknya, InsyaAllah, Amin. Blog ini akan digunakan untuk saya berkongsi ilmu (sudah pasti) dan membicarakan apa-apa sahaja selagi ia mendatangkan ilmu kepada saya dan pengikut blog saya. Well, saya Teacher NurAna, seorang guru pelatih yang bakal menamatkan pengajian akhir di Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Mengambil jurusan major Matematik dan minor Bahasa Inggeris juga Pendidikan Jasmani. Semoga sisa hidup sebagai seorang guru pelatih ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya dan semoga saya dapat menjadi seorang guru yang bakal menjana modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti. Cheers sikitttt, YEAY! =)
So, this is my new chapter, and this is my new life. Welcome to the club, Teacher NurAna.