CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Latihan

Jom Kita Test Cepat Kira :)

Hai, saya Upin!



Dan saya Ipin!


Teacher Ana pesan, sebelum kita nak mulakan pembelajaran Matematik hari ni, jom kita sama-sama test cepat kira kita... Kawan-kawan semua mesti dah belajar operasi tambah kan? Jom ikut Upin dan Ipin buat latihan cepat kira bagi operasi tambah ni...

Apa lagi,jom klik. Klik mana? klik sini? Betul betul betul!!! Hehe..



Hari-hari memang kena buat latihan!!!


Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan, tadi belajar apa kat sekolah? Best tak? Tadi Upin dan Ipin belajar tambah lagi, tapi hari ni Teacher Ana ada bawa sesuatu yang menarik kat dalam kelas. Nak tahu tak apa dia? Haaaaa, tengok kat bawah ni


Baiklah, Upin dan Ipin akan ceritakan apa benda ni sebenarnya. Ini adalah salah satu alat bantu mengajar yang Teacher Ana gunakan untuk mengajar tambah di dalam kelas tadi. Mula-mula sebelum Teacher Ana masuk dalam kelas, kami dan kawan-kawan lain rasa mengantuk, mungkin sebab banyak sangat main dan kejar-kejar ayam Atok Dalang. Hahaha... Tapi lepas je Teacher Ana masuk kelas, dan bagitahu kami yang Teacher nak main game, apa lagi, mata kami semua pun bulat la jadinya. 

Teacher Ana gunakan kad ini untuk menarik minat kami untuk belajar tambah, TQ Teacherrrrrrrr =))

Macam biasa, Teacher akan buat latih tubi kepada kami semua untuk mantapkan lagi operasi tambah kami, Teacher kata, "barulah power nantiiiii"

Teacher suruh setiap orang cari seorang lagi rakan untuk dijadikan pasangan dalam game ni. Macam biasa la, Upin akan geng dengan Ipin (bosan betul >.<). haha... jangan marah ye Ipin. 
Mula-mula giliran Upin untuk menjawab soalan, Ipin akan pegang kad ni dan tunjukkan satu persatu soalan kat Upin. Bila soalan pertama ditunjukkan kepada Upin, Upin jawab cepat-cepat. Ipin akan semak sama ada betul atau salah jawapan Upin. Kalau betul dapat 10 markah, kalau salah dapat apa? Hape pun tak dapat... hehe.
Lepas tu, Upin akan jawab semua soalan tu dalam masa 30 saat. Ipin akan kira markah Upin siap-siap. Teacher Ana akan suruh setiap pasangan untuk tukar giliran, haaa, Ipin pula jawab soalan. Ipin akan buat benda yang sama macam Upin buat. Bila dah selesai semuanya, siapa yang dapat jawab paling banyak soalan dan paling banyak markah, dia lah yang menang. Nak tahu siapa yang menang?
Ni orangnya!


Akhir sekali macam biasa, Teacher Ana akan bagi soalan untuk kami jawab. Jom cuba sama-sama  soalan ni?



Selamat Menjawab! =)




Worksheet untuk Sifir 6


Assalamualaikum...

Dah selesai menyanyi lagu sifir 6, sekarang jom kita buat latihan untuk sifir 6 pula =)



Selamat Maju Jaya =)




Worksheet untuk Sifir 7





Jom cuba ini!!!




Jangan lupa semak jawapan ye!




Worksheet untuk Sifir 8






Hai kawan-kawan, suka mewarna tak?

Upin dan Ipin suka mewarna, tambah pula hari ini Teacher Ana ada bagi latihan
bagi sifir 7 melibatkan aktiviti mewarna.

Sekarang, ambil pensel warna, dan mari sama-sama kami untuk mewarna sambil 
mengukuhkan sifir 8 kita =)






Worksheet untuk Sifir 9


Kawan-kawan, cuba latihan untuk
Sifir 9 ini...



Apakah perkataan yang akan terhasil?
Cuba jawab... =)



Latihan Bahagi =)


Selepas kita faham konsep bahagi,
Upin dan Ipin nak kawan-kawan cuba latihan bahagi 
di bawah ini pula.
Teacher Ana ada bagi homework tadi.
Jom bantu kami selesaikan semua latihan yang Teacher Ana dah bagi...


Klik di bawah ini:


Dan akhir sekali latihan cepat kira ini:


Selamat Mencuba!





0 comments:

Post a Comment