CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Video

Belajar Sambil Menyanyi: Sifir 6


Ok, entry kali ni Upin dan Ipin tak datang sekolah sebab demam. Haha..
Kali ni Teacher Ana pula nak kongsikan kepada adik-adik semua video comel ni.
Video ini diambil semasa saya mengajar sifir 6 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat.
Saya telah menggunakan pendekatan secara nyanyian bagi menarik minat 
murid-murid untuk menguasai Sifir 6.

Ini juga merupakan tajuk bagi tesis saya pada pengajian akhir di Institut Peguruan Teknik KL.

Jom nyanyi sama-sama...





SIFIR 6
Lagu: Gelang Si Paku Gelang

Hai kawan, mari menghafal
Mari menghafal lah sifir 6
Bila diajar jangan berangan
Ikutlah cikgu nyanyi bersama
Bila diajar jangan berangan
Ikutlah cikgu nyanyi bersama

1 kali lah 6, 6
2 kali lah 6, 12
3 kali lah 6, jawab 18 jangan dilupa
4 kali lah 6, 24 jangan dilupa
  
5 kali lah 6, 30
6 kali lah 6, 36
7 kali lah 6, 42 jangan dilupa
8 kali lah 6, 48 jangan dilupa

9 kali lah 6, 54
10 kali lah 6, 60
11 kali lah 6, 66 jangan dilupa
12 kali lah 6, 72 jangan dilupa




Belajar Sambil Menyanyi: Sifir 7



Selesai belajar sifir 6, kali ini saya nak kongsikan pula video lagu sifir 7.

Siapa yang tahu lagu ni, boleh ikut nyanyi sekali =)





SIFIR 7
Lagu: Kalau Rasa Gembira

Kalau rasa gembira tepuk tangan (tepuk tangan)
Kalau dah hafal sifir tepuk tangan (tepuk tangan)
Kalau rasa gembira dan hafal sifir juga
Mari kita menghafal sifir 7 (tepuk tangan)

1 kali 7 jawabnya 7 (hentak kaki)
2 kali 7 jawab 14 (hentak kaki)
Dan 3 kali 7 jawab 21
4 kali 7, 28 (hentak kaki)

5 kali 7, 35 (petik jari)
6 kali 7, 42 (petik jari)
Dan 7 kali 7, jawab 49
8 kali 7, 56 (petik jari)

9 kali 7, 63 (pukul paha)
10 kali 7, 70 (pukul paha)
Dan 11 kali 7 jawab 77
12 kali 7, 84 (pukul paha)

Kalau rasa gembira kata hooray (hooray)
Kalau dah hafal sifir kata hooray (hooray)
Kalau rasa gembira dan hafal sifir juga
Mari kita menghafal sifir 7 (hooray)

Kalau rasa gembira buat semua (tepuk tangan, hentak kaki, petik jari, pukul paha, hooray)
Kalau dah hafal sifir buat semua (tepuk tangan, hentak kaki, petik jari, pukul paha, hooray)
Kalau rasa gembira dan hafal sifir juga
Mari kita menghafal sifir 7 (tepuk tangan, hentak kaki, petik jari, pukul paha, hooray)




Belajar Sambil Menyanyi: Sifir 8



Hai semua, entry kali ni mari kita sama-sama menyanyikan lagu sifir 8.

Boleh tengok lirik di bawah untuk nyanyi bersama kami. =)



SIFIR 8
Lagu: Tanya Sama Pokok (versi pendek)

Tanya sama murid, hafal sifir berapa
Nanti jawab murid, sifir lah 8
Tanya sama murid, apa sifir 8
Nanti jawab murid, inilah dia

1 kali 8, sama dengan 8
2 kali 8, jawab 16
3 kali 8, 24
4 kali 8, 32

5 kali 8, jawab 40
6 kali 8, 48
7 kali 8, 56
8 kali 8, 64

9 kali 8, 72
10 kali 8, jawab 80
11 kali 8, 88
12 kali 8, 96



Lihat sekali video ini.





Belajar Sambil Menyanyi: Sifir 9



Suka lagu Doraemon tak?
Entry kali ni Teacher Ana akan kongsikan cara-cara mudah untuk 
menguasai sifir 9 menggunakan lagu Doraemon.
Tahu kan lagu Doraemon?

Jom nyanyi sama-sama...






SIFIR 9
Lagu: Doraemon

Sifir 6 sudah, sifir 7 pun sudah
Sifir 8 pun baru sudah, kini sifir 9
Mari kawan-kawan, mari kita semua
Bersama-sama menyanyikan, lagu sifir 9
Mari kita mula nyanyi bersama…lagu sifir 9
Adakah anda sudah bersedia…mari mulakan
  
1 kali 9, sama dengan 9
2 kali 9, jawabnya 18
3 kali 9, 27
4 kali 9, ia 36
5 kali 9, jawab berapa…45
Pabila 6 kali 9…54

7 kali 9, 63
8 kali 9, jawab 72
9 kali 9, 81
10 kali 9, jawabnya 90
11 kali 9, jawab berapa…99
12 kali dengan 9…108


0 comments:

Post a Comment